Dalam menanti waktu berlalu, sebelum aku melangkah pulang dari pejabat. Aku terfikir akan hari tua nanti. Apakah aku dapat menyediakan segala kesenangan kepada anak-anakku. Dalam kegawatan ekonomi masakini segala usahaku masih belum mencukupi. Malah perolehan yang ku dapat sebulan, hanya cukup untuk meneruskan penjalanan hidup sahaja. Tidak dapat ku simpan wang seperti dahulu kerana kos sara hidup dan barang-barang keperluan telah meningkat.Semua ibu bapa di dunia ini mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak-anak adalah zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan ibu bapa di dunia ini apabila kita kembali menemui pangillan Illahi. Anak akan mewarisi diri kita, harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggungjawab sebagai pewaris ini. Tetapi anak yang gagal di dalam hidupnya, jangankan mewarisi diri dan harta ibu bapanya, untuk mengendalikan dirinya sendiri pun mungkin tidak termampu.
Ini persoalan yang senantiasa yang selalu bermain difikiranku? Apakah cukup untuk kita menanggung segala keperluan untuk anak-anak kita pada masa depan? Sekiranya kos sara hidup berterusan meningkat sedangkan nilai wang makin mengecil. Jurang taraf kehidupan orang kaya dan taraf kehidupan orang miskin makin jauh.
Semua orang perlu ubah cara kehidupan, berjimat untuk mengurangkan kos sara hidup. Tetapi sekiranya perubahan ini membawa kepada kemunduran dan memundaratkan kepada keselamatan dan kesejahteraan kita sekeluarga, aku fikir ianya tidak perlu dilakukan.
Sekian


Tiada ulasan:
Catat Ulasan