Rabu, 26 November 2008

Liku-liku kehidupan.

Dalam menanti waktu berlalu, sebelum aku melangkah pulang dari pejabat. Aku terfikir akan hari tua nanti. Apakah aku dapat menyediakan segala kesenangan kepada anak-anakku. Dalam kegawatan ekonomi masakini segala usahaku masih belum mencukupi. Malah perolehan yang ku dapat sebulan, hanya cukup untuk meneruskan penjalanan hidup sahaja. Tidak dapat ku simpan wang seperti dahulu kerana kos sara hidup dan barang-barang keperluan telah meningkat.

Semua ibu bapa di dunia ini mempunyai satu impian yang sama iaitu ingin melihat anak-anak kita menjadi orang yang berjaya dan cemerlang. Anak-anak adalah zuriat dan cahaya mata yang akan mewarisi kehidupan ibu bapa di dunia ini apabila kita kembali menemui pangillan Illahi. Anak akan mewarisi diri kita, harta, maruah serta nama kita. Anak yang berjaya dan cemerlang mempunyai kemungkinan yang besar untuk berjaya memikul tanggungjawab sebagai pewaris ini. Tetapi anak yang gagal di dalam hidupnya, jangankan mewarisi diri dan harta ibu bapanya, untuk mengendalikan dirinya sendiri pun mungkin tidak termampu.

Ini persoalan yang senantiasa yang selalu bermain difikiranku? Apakah cukup untuk kita menanggung segala keperluan untuk anak-anak kita pada masa depan? Sekiranya kos sara hidup berterusan meningkat sedangkan nilai wang makin mengecil. Jurang taraf kehidupan orang kaya dan taraf kehidupan orang miskin makin jauh.
Semua orang perlu ubah cara kehidupan, berjimat untuk mengurangkan kos sara hidup. Tetapi sekiranya perubahan ini membawa kepada kemunduran dan memundaratkan kepada keselamatan dan kesejahteraan kita sekeluarga, aku fikir ianya tidak perlu dilakukan.
Sekian

Jumaat, 21 November 2008

Definasi Singgahsana.


Apa yang membezakan fizikal dengan suasana tempat kediaman?Apa yang kita inginkan dari sebuah rumah? Baik kita tinggal di rumah batu atau kayu, rumah teres atau banglo, kecil atau besar, di bandar atau jauh di pedalaman, kita tentunya inginkan rumah yang selesa, ada kedamaian dan ada `privacy'. Rumah yang di situ ada kebebasan dan kemerdekaan individu.Lebih-lebih lagi bila sudah berkeluarga, kita inginkan rumah yang benar-benar dapat dikuasai suasana dan persekitarannya. Rumah yang memang kita rasakan milik kita sepenuhnya, walaupun hakikatnya ia pinjaman dari Allah.Keinginan pada rumah yang demikian ada pada semua pasangan yang mendirikan rumah tangga. Keinginan ini memang satu fitrah yang Allah bekalkan secara semula jadi. Sama ada sebagai suami atau isteri, kita mahu mendiami sebuah rumah tempat berlindung yang di situ juga kita dapat membina kehidupan yang bahagia dan tenteram. Rumah itu jugalah tempat kita membenteng maruah diri dan keluarga.Namun, bagaimana hendak mencapai apa yang kita inginkan itu? Bagaimana hendak memiliki rumah seperti yang kita mahukan itu dengan menggunakan sumber-sumber yang ada? Bukan saja fizikal rumah itu sendiri (house) tapi juga aspek dalaman rumah itu (home) - sejauh mana ia mempunyai suasana dan pengisian aktiviti yang menjadikan rumah benar-benar berfungsi dalam kehidupan kita, khususnya dalam hidup berkeluarga. When a house is really a home, menurut ungkapan Inggerisnya, iaitu apabila rumah benar-benar memberi suasana tempat kediaman.Berdasarkan pengalaman dan realiti yang kita lihat, ada rumah yang terasa harmoni, damai dan tenang bila dimasuki walaupun rupa bentuknya biasa-biasa saja. Malah rumah itu mungkin kecil saja dengan perabot yang sangat sederhana.Terasa di situ ada suasana tempat kediaman yang mendamaikan. Tetapi ada juga rumah yang terasa tidak berapa menyenangkan bila kita berada di dalamnya walaupun ia mungkin luas dan lapang, dihiasi pula dengan perabot yang cantik-cantik.Rumah besar dengan perabot serba cukup nampaknya belum memadai untuk melahirkan suasana yang membahagiakan. Rumah yang dihias indah dengan halaman yang lapang juga belum menjamin wujudnya kedamaian dan ketenangan. Belum dapat menjanjikan `privacy' yang diinginkan.Rumah yang dilengkapi alat kawalan keselamatan serba canggih juga belum tentu dapat menjadikan penghuninya merasai suasana merdeka, selamat dan tenteram.Dengan kata lain, faktor fizikal semata-mata tidak mampu mencorak suasana rumah sebagai tempat kediaman. Dinding, atap, tiang, lantai dan segala yang mengisi serta menghiasi rumah adalah benda-benda mati yang perlu `dihidupkan' supaya ada fungsi dan peranannya.Tidak dinafikan, rupa bentuk, warna dan hiasan rumah dapat juga mempengaruhi suasana rumah. Tetapi yang lebih kuat mempengaruhi jiwa dan perasaan adalah suasana interaksi di dalam rumah itu dan aktiviti sehari-hari yang dibuat di rumah.Fizikal rumah yang nampak harmoni jika dipadankan dengan suasana hidup keluarga yang harmoni dan berkasih sayang tentulah akan menyerlahkan suasana membahagiakan.Berbanding jika rupa bentuk, warna dan susun atur perabot rumah saja yang kelihatan harmoni tetapi suasana pergaulan, interaksi dan aktiviti di dalamnya tidak harmoni. Tidak ada saling berkasih sayang, saling memberi, bertolak-ansur, saling memaafkan dan lain-lain nilai harmoni.Sumber keharmonian sebenar di dalam sebuah rumah adalah bilamana semua penghuninya dirahmati dan diberkati Allah. Namun, rahmat Allah tidak akan turun jika rumah dipenuhi suasana pergaulan dan aktiviti yang Allah tidak redhai. Lebih-lebih lagi jika kehidupan penghuni- penghuninya bergelumang dengan dosa dan tidak ada ketaatan kepada Allah.Oleh itu, mencorak rumah dengan suasana yang diingini perlu diiringi dengan mengharap pada rahmat dan keberkatan dari Allah. Jika ada limpahan rahmat dan keberkatan ini, rumah akan terasa lapang dan luas biarpun mungkin keadaannya kecil dan sempit saja. Apalagi kalau memang luas dan selesa.Mari kita renungi sabda Rasulullah s. a. w. ini: "Rumah yang di dalamnya dihiasi alunan bacaan al-Quran akan memancarkan cahaya hingga terlihat oleh para penghuni langit, sebagaimana bintang- bintang memancarkan cahaya terlihat oleh para penghuni bumi." (Riwayat Baihaqi)Berdasarkan hadis ini, rumah yang sempit sekalipun akan terasa lapang dan terang-benderang kerana adanya cahaya dari bacaan al-Quran. Betapalah kalau sesebuah rumah itu sentiasa dihiasi dengan zikir, puji-pujian kepada Allah, taubat, sedekah, menjalin silaturrahim serta pelbagai amalan baik oleh para penghuninya. Diperindah pula dengan sifat saling menyayangi, saling pemaaf, penyantun, penyabar, pemurah, berlapang dada dan lain-lain sifat mulia.Tentulah Allah akan menurunkan rahmat-Nya yang melimpah-ruah hingga rumah benar-benar menjadi `syurga' dalam kehidupan sementara di dunia! .
Sekian.

Jumaat, 7 November 2008

Renungan untuk semua.

Sungguh sedih tatkala melihat foto yang dipaparkan ini. Terharu melihat bagaimana seekor Monyet sanggup berjuang bermati-matian "berpantang ajal" untuk menyelamatkan anaknya dari dikerjakan oleh "anjing liar". Kami tidak pasti dimana gambar ini dirakamkan, namun inilah buktinya bahawa binatang pun sayangkan anaknya. Namun, kita kecewa melihat mutakhir ini semakin ramai "anak dibuang" di Malaysia ini. Apakah sebenarnya yang berlaku, apakah kerana salahnya sistem pemerintahan lantaran itu manusia tidak takutkan undang-undang dan hukuman dalam berbuat maksiat. Akhirnya, akibat telanjur mereka mencari jalan pintas dengan membuang anak yang dilahirkan atau lebih dasyat lagi mereka menggugurkan kandungan tersebut. Maka banyaklah yang kita dengan perkara ini. Cuba lihat foto di bawah sebagai bukti betapa dramatiknya adengan ini.




Ibu monyet sedang menyelamatkan anaknya yang dilanggar oleh sebuah vespa (kiri). Kemudian datang seekor anjing liar yang cuba untuk menggigit dan makan anak monyet tersebut (kanan). Lalu ibu monyet mula berjuang mempertahankan anaknya itu dari menjadi mangsa





Dengan sepenuh tenaga, si ibu berjuang dengan menerkam anjing liar terbabit supaya tidak memakan anaknya. Digigitnya belakang tengkok anjing itu dengan kuat sekali (kiri). Hinggalah akhirnya anjing tersebut beralah dan bertempiaran lari. Ibu monyet kemudian dengan sedih dan pilu melihat anaknya yang cedera parah itu. Sungguh tragis ! (kanan)


Inilah bukti, betapa kasih dan sayangnya sang ibu monyet terhadap anaknya. Ia jauh sekali berbeza dengan manusia hari ini, yang tergamak membuang anak, menyiksa dan membiarkan anak-anak leka dengan kenikmatan dunia. Akhirnya anak-anak hanyut dilambung gelombang jiwa remaja, rosak akhlaknya dan musnah imannya. Justeru itu, jadikan semua ini sebagai ikhtibar untuk kita renungi. Semoga ia memberi kesedaran untuk kita semakin sayang dan prihatin terhadap anak-anak kita, pewaris generasi akan datang.
[Sebenarnya ada yang menitis air mata melihat adengan sedih ini. Maka itulah kita harus berjuanga untuk memartabatkan Islam agar kembali tertegak di mukabumi ini. Biar apa pun wadah perjuangan kita, namun kita haruslah menanti hari kemenangan Islam. Kerana Islam adalah segalanya. Foto adalah ikhsan dari blog nisa kuantan].

Khamis, 6 November 2008

Bajet ku dah lari.


Kawan2 ku sekalian, Terus terang aku sebenarnya malu dan tak sedap hati nak ckp, tapi terpakse jugak bgtau sebab kedudukan kewangan aku dalam keadaaan tenat.(soru dah miss) Nak tolong aku x.? Harap2 korg tolong la..(tu pun klu ingat kawan2 la) Klu rasa nak tolong, datang beramai-ramai ke halaman rumah aku hujung minggu ini.....sbb aku akan buat lelongan beberapa barang milik aku. (kalau ada kawan2, usung skali, lg ramai lagi baguih) Kalau ada yang berminat.... datanglah biar senang sikit pilih .... aku sertakan gambor barang-barang yang bakal di SALE nanti.... Klau yg tak dapat datang takpe...aku faham mugkin korg sengkek cam aku jugok tgk la gambor barang2 yg aku attach nie... klu berminat booked dulu... byr muka seberapa yg muorang mampu dulu.. Semua dijual dengan harga kemampuan kawan2 ...... janji aku tak rugi sudahlah.... Sebagai seorang sahabat ,aku harap korg semua dpt tolong. Hari ni hari aku , esok luse aku pulak akan tolong korg. Tolonglah !!! Aku tengah sengkek nih..... Tolong datang yea jangan tak datang...tak sanggup tgk depan umah..banyak sgt... tak terpakai dah.. APA2 HAL CALL LAH DULU JASAMU DIKENANG....

Revolusi Minda


Kerana terlalu sibuk dengan kerja, aku terlupa yang hari ini aku perlu buat post kat sini. Sejak hari raya Aidilfitri, minda aku terpesong sedikit dan kurang memberi tumpuan pada penulisan di sini. Semalam, apabila mula nak menaip post…minda aku blank. Jadi cerita aku hari ini ada kaitan dengan minda kita atau lebih senang disebut “Revolusi Minda".
Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah tentang pentingnya mindset dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Sama ada berblog, menjalankan perniagaan, membuat jualan dan sebagainya.

Semestinya, berjaya atau gagalnya kita dalam sesuatu pekerjaan yang kita laksanakan adalah berkait rapat dengan pemikiran atau ketetapan minda kita. Adakah anda bersetuju dengan saya?? Tidak mengapa, simpankan jawapan itu dahulu untuk ruangan komen nanti
Semestinya juga, mereka yang berfikiran negatif akan menemui jalan kegagalan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan termasuklah berblog ini.
Adakah untuk melakukan ketetapan minda adalah sesuatu yang sukar?? Ini kerana mindset yang lahir tulus dari hati anda setiap hari akan menjadikan pemikiran sentiasa segar dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan anda.
Mari kita bincangkan tips-tipsnya.
1. Sudah tentu kita mesti sentiasa berfikiran positif
Apa yang penting di sini, kita perlu mengelakkan diri kita berada dalam kelompok individu yang berfikiran negatif. Mengapa? kerana ianya akan memberi kesan yang tak elok kepada kita. Sebaliknya, apa yang perlukita lakukan adalah dengan sentiasa berfikiran positif kerana attitude ini akan membawa anda kepada jalan kejayaan.
Ingat, bukan semua orang menyukai akan apa yang kita lakukan dan memandang rendah dengan apa yang kita lakukan terutamanya dalam perniagaan online ini. Justeru, berfikiran positif adalah langkah terbaik untuk meyakinkan mereka sekaligus mencergaskan minda anda.
2. Sentiasa mencuba
Istilah “Tiada Kegagalan dalam Hidup” sudah semestinya anda pernah dengar. Jadikan kegagalan diri itu jalan untuk kita perbaiki diri masing-masing. Walaupun menyebutnya adalah bukan semudah untuk melaksanakannya, namun semua itu perlu dirintangi sebelum kita berjaya.
Tetapkan matlamat kepada matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang. Matlamat itu pula mestilah matlamat yang “reasonable” untuk kita capai.
3. Lupakan kegagalan silam
Kegagalan masa silam adalah bayang2 yang perlu kita hindarkan hindraf. Tukarkan istilah kegagalan kepada istilah pengalaman untuk anda terus mengorak langkah kejayaan anda.
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan ianya sendiri yang akan mengubahnya..
Lupakan kegagalan dan elakkan kerisauan masa hadapan anda. Paksakan minda kita sentiasa berfikiran positif . Kegagalan, bukannya kehancuran tetapi nikmat dan hikmah kehidupan.
Apa yang saya perkatakan di sini adalah ingatan untuk diri saya sendiri terutamnya kerana saya masih lagi lemah dalam melakukan ketetapan minda. Mungkin anda telah lama melakukan ketetapan minda ini dan sekarang telah menikmati hasilnya.
Ayuh, kita kongsikan bersama. Mudah-mudahan, perkongsian ini dipertimbangkan olehNYA dan dipermudahkan jalan kejayaan kita semua.
Salam
Related Posts with Thumbnails