




MOSCOW 21 oct 2009 - Penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan yang bernama Ali Yakubov di Kampung Red Oktober, Dagestan, Wilayah Selatan Rusia.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Menurut pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu dan mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
Suhu badan Ali meningkat kepada 40 darjah Celsius (demam) dan tidak dapat tidur sepanjang malam setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Menurut Majlis Mufti Rusia, menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi



